banyak persoalan yang bermain di minda aku.. kenapa manusia kuat merungut.. bukan nak kata aku ne xmerungut.aku pon ada gak merungut tetapi kadangkala aku fikir positifnya. ada orang itu dia tahu merungut jer. semua bnda tak kena. apa yang dia nak pon aku tak tahu laa.. aku pon tak faham,
kadang2 bila aku dgr orang merungut pon panas telinga gak. sakit hati pon ada gak. kita kenalah fikir positif. janganlah tau nak hentam jer..
aku dapat rasakan tahun ne banyak perkara yang aku pendamkn. aku tak tahu nak luahkan pada siapa. bukan aku tak nak luahkan pada rakan-rakan aku, tapi aku nak jaga hati mereka. aku tak nak mereka ada yang terasa hati dengan aku. apa yang terpendam dalam hati aku ni aku rasa sesuatu perkara yang kecil jer. tak perlu diperbesarkan. kiranya small matters r.. aku tak kisah pon.
cuma ada kalanya aku tak tahan la tgk perangai manusia sekarang ne. rasa cam nak hentam orang tu balik pon ada. tapi aku bukan macam tu. aku jenis akan memerhati jer. dari situ aku akan kenal sifat seseorang tu. itu diri aku.
berbalik pada perenggan yang pertama tu, aku ada satu cerita yang ingin aku ceritakan. aku da knal seseorang tu. D bukan nama sebenar. D ini seorang yang sngat happy go lucky. memang senang ar nak get along dengan dia.. tetapi setelah aku mengenali D, aku baru dapat tahu yang dia seorang yang panas baran. dan mulut dia tuh.errmmmm..tak da insuran langsung! memang sabar je la. tambah lak dia ne jnis kuat merungut.KUAT sgt!! sampai aku tak tahan nak dengar. tetapi sebagai seorang kawan,aku tadahkan jer telinga aku ne. aku jenis suka mendengar walaupun apa yang aku dengar tu sangat menyakitkan hati aku. aku tak pernah tnjuk kan perasaan yang aku marah ke geram ke tak puas hati ke.melainkan kalau aku sendiri yang dah tahan nak simpan. baru aku ckap. tu pun cuma cakap jer.aku ckap sekadar nak mengurangkan bebanan dalam hati aku. tak snggup weh!! pernah la ada orang tanya aku,
"mia, ang sanggup noh tahan dgn perangai D tuh..kalau aku la dah lama aku blah.perangai nth apa2.nampak ja muka cantik. tapi perangaiii.....ish..tak tahu la nak ckap apa..tapi sanggup tahan ek.."
then aku ckap la kt orang tuh,
"kita ni sebagai seorang kawan kna mnjdi pndengar yang baik,walaupun adakalanya menyakitkan hati. mungkin dh itu perangai semulajadi dia. kita tak boleh nafikan.kita kna terima. kita manusia ni tak sempurna. ada kekurangan dan ada jugak kelebihan pada diri masing2. jadi sebagai kawan jga lah kita kan bagi nasihat."
sebenarnya post kali ini aku luahkan apa yang terbuku dalam hati aku.
aku nak minta maaf sekiranya sesiapa yang membaca post ini dan dia terasa apa yang aku tuliskan.
aku tak tujukan kepada sesiapa pun.
cuma aku luahkan mengikut pandangan aku sendiri.
mengenai cerita tadi,aku tak da niat nak buruk orang itu
apa yang aku nak sampaikn, seburuk mana pon kawan kita,kita janganlah memilih kwan.
sebab kwan yang kita singkirkan itu la yang akan kita cari suatu hari nnti.
aku dh ada pengalamn macam itu.
jadi berkawanlah
..
..
p/s: apa la yang cik mia mengarut ne..boring!!
No comments:
Post a Comment