Followers

Thursday, March 3, 2011

boleh sy nangis??

 apa kesalahan aku? apa kelemahan aku? apa yang kau xpuas hati dgn aku? apa aku xbuat kerja aku? adakah kerja aku tidak memuaskan hati kau? adakah kau rasa kau lagi bagus dari aku? apakah kau rasa diri kau lebih layak mengambil posisi aku sekarang ini? jika kau mahu, kau ambil saja. aku sedikit pon tidak heran daa....

aku rasa sangat sedih sekarang nie. aku xmampu melawan balik. aku terpaksa menjaga hati semua orang. jika aku melawan atau bertindak dengan lebih keras,kemungkinan aku tidak mampu mengawal perasaan aku. iya, mungkin secara luaran, aku dilihat seorang yang lembut atau "suker wat muka kesian r!" tetapi jika "KAU" knl aku dalam2 kau akan kenal sapa aku. kalau kau nak jatuhkan aku tetapi tolonglah HORMAT posisi aku sekarang nie. bukan aku tidak puas hati atau apa, cuma nak kau tahu ada orang lagi yang berada di atas kau. aku minta maaf jika KAU "terbaca benda alah ne". sorry to say ok!

kenapa aku hanya berdiam diri sahaja? sebabnya aku nak lihat sejauh mana kemampuan kau untuk menguruskan hal itu. jika kau mampu menguruskan hal itu, kenapa aku yang dapat terlebih dahulu segala "INFORMATION" bukan nak tnjuk yang aku sangat TERROR, tetapi atas kemahuan masing2. aku lakukan semua itu untuk semua orang, bukan utk kepentingan diri aku sendiri. aku sedar ramai yang berada di sekeliling aku termasuk kau sekali. sebab itu aku lebih bersikap rasional dalam membuat keputusan. bukan MENGHENTAM balik apa yang diperkatakan oleh aku. aku lebih suka mendengar dahulu walaupun perkara tersebut begitu MENYAKITKAN HATI aku ibarat SEMBILU yang menghiriskan hati aku.
aku xsangka kau begitu semakin menjadi. aku hormat kau. aku hormat keputusan kau, tetapi kau xpernah langsung hormat apa yang aku hendak perkatakan. ok aku faham, aku tak sehebat kau. aku  tak becok macam kau. aku tak sepandai kau. aku sedar semua tu. jika kau perasan atau tidak, dah banyak kali aku mengalah dengan mendengar pendapat kau dan menerima pendapat dan seterusnya MENOLAK MENTAH2 pendapat aku. ok...aku terima dengan hati yang tabah.. DUGAAN hidup kn.. SABAR....

ya!! memang aku sabar. tapi kesabaran aku ada batasnya. aku bukan manusia yang sangat sempurna. ada banyak kelemahan yang ada pada diri aku. dan aku akui semua itu. aku nak kau faham, kita kena fikir perasaan orang lain, jangan kau fikir OTAK kau jer.. kalau kau boleh cakap kasar,kalau kau boleh hentam orang lain, kalu kau boleh pentingkan orang....AKU.....aku boleh buat apa yang kau buat sepuluh kali ganda. TAPI!! aku xbuat semua tu.. sebab ape?? sebab itu bukan diri aku. aku xsuka pentingkan diri aku sendiri. aku lebih suka mendengar kata majoriti. dari situlah kita dapat kata sepakat. tetapi jikalau apa yang kau buat hanya untuk kepentingan diri kau dan telah melibatkan orang lain serta menyusahkan orang lain, ada kau fikir apa akibatnya??  bukan kau yang kena. tetapi aku akan tanggung semua tu..

entahlaa..aku pun tak tahu nak cakap apa lagi. aku sendiri tak faham dengan perangai manusia sekarang nie.. bukan aku nak cakap aku bagus. aku sedar akan kelemahan yang ada pada diri aku dan aku dapat rasakan kelemahan yang ada pada diri aku sangat banyak berbanding pada diri kau.

kau tahu tak yang aku SEDIH sangat!! aku hanya mampu berdiam diri masa kau menyuarakn pendapat dan kau tegaskan perkara itu di luar jangkaan aku. malah kau telah memotong kata2 aku. aku rasa sangat KECEWA dan hampir saja aku menitiskan air mata aku. tetapi aku mampu bertahan dan menunjukkan riak muka ku yang ceria seperti biasa. tetapi di dalam hati aku hanya TUHAN saja yang tahu.............

YA ALLAH, kau tabahkanlah hatiku ini dan kau kuatkanlah hati,mental dan fizikal aku untuk menghadapi hari2 yang berikutnya. kau bukakanlah pintu hati orang di sekeliling ku agar terbuka pintu hatinya..
amin....





No comments:

Post a Comment