Followers

Tuesday, March 22, 2011

SBE part 3

[selasa (22/3/2011)]
hari ketiga aku menjalani PBS..
sedar tak sedar dah tiga hari rupanya aku berada di sekolah itu.
cepat betul masa berlalu.

aku mulakan hari ini dengan melihat guru di sekolah itu mengajar murid2 senamrobik.
tapi aku dapat lihat sekejap jer sebabnya aku nak pergi survey p&p guru di dalam kelas pagi tu..


sebelum bergerak ke kelas snap picture dulu!!
~ada cikgu nak tjuk kasut baru!!

guru inilah yang aku nak survey.
beliau merupakan ibu saudara aku..
namanya cikgu mariam
hehhee...
besh tgk cara dia mngajar.
dia banyak bersoal jawab dengan murid2 jadinya murid2 tidak akn tidur di dalam kelas...

cikgu majidah dengan cikgu mia khusyuk melihat cikgu mariam mengajar




selepas itu kami semua melawat kawasan sekolah.
dari satu blok ke satu blok kami bergerak..


hari ketiga baru aku sempat masuk prasekolah..
mereka suma comel2!
aku sangat suka dengan budak sebelah aku nie.
dia ckap banyak sangat.
bila dia dh hbis mewarna,dia terus ambik mainan lego,susun macam pistol...
terus dia sua dekat aku,then cakap,
"tembak kakak!!!"
hahahha...
dia jer yg pggil aku kakak.
yang lain panggil aku cikgu..
~luku kepala baru taw..
hahaaha..


bergambar bersama dengan kanak2 prasekolah.
mereka semua sporting dan suka sangat bergambar..


tengah hari tu pula,guru PK1 cakap tolong ganti kelas tahun 6.
ok...baik..
arahan diterima..

p/s: sebenarnya gambar utk hari ini sangat banyak.kalau boleh nak buh semua tapi bila gambar saiznya besar jadi kena tggu lama..malaz r mcm tu..jadi aku pilih beberapa gambar sahaja...
^_^


SBE part 2

21/3/2011 (ISNIN)
hari kedua aku menjalani PBS di sekolah.
sampai pagi dekat pejabat tulis nama.
lepas itu,kami pergi ushar budak2 dalam perhimpunan pagi..
semua budak2 tengok kami mcm pelik jer..
hehehhehe....





pada hari ini guru PK1 minta kami utk ganti kelas.
dengan sukarelanya kami menerima dengan hati terbuka..

gambar di bwah ini cikgu wan memulakan kelas..hheehe..
memang nmpk kekok mula2.
yela blum biasa lagi nak mengajar kanak2.


budak ini sangat nakal!
ada2 je yang dia nk menyampuk..
(pelajar tahun 5)


saya menjalankan satu kajian terhadap pelajar ini.
tetapi pelajar ini kelihatan malu2 jer..
pelajar tahun 5



kemudian ganti kelas tahun 6 pulak..
macam2 ragam tol depa nie..
gambar bawah ini dengn budak2 tahun 6.
depa nie sangat bising tapi bila nak tgkp gmbr malu2 kucing tol..
XD

suasana di kantin


cikgu2 pon nk mkn jgk!!
lpar nee..
heheeeee


bila ada waktu senggang ini la kerja kami...
^_^


kelas tahun 4 Muadib
aku mmberi arahan, 
"cikgu nak semua orang bangun sapu sampah,kuti kertas2 yang ada atas lantai..cikgu tak mau tengok satu sampah pun atas lantai..!"
dengan hnya satu arahan sja, semua budak2 dalam kelas tuh bgun,sapu sampah,sampai pi cari pnyapu kt tempat..yang tak leh tahan,ada dua budak lap tingkap..wah..bagus trus..terus kemas bilik darjah tuh..
hahhahaa...
~aku buli budak3..kih3



bukti aku dapat ganti kelas dari PK1


tengah hari pulak, kena ganti kelas tahun 4.
kami main teka teki simpulan bahasa..



kring!!!
"cikgu dah boleh balik!!!"
"sabarlaa..kita tangkap gambar dulu nak tak??"
"NAK!!!"





bila budak2 dah balik ini pulak kerja kami..

jadi ini merupakan hari kedua aku menjalani PBS..
tggu aku akan updte hari ke hari mengenai PBS
ok??

Sunday, March 20, 2011

im back to school as a teacher....!! SBE part 1

20/3/2011
hari ahad...
aku melangkah ke sekolah.
tetapi kali ini bukan sebagai seorang pelajar tetapi sebagai seorang guru...
~bangga jap!! ahahaa....
dalam mggu ni aku menjalani latihan PBS iaitu pengalaman berasaskan sekolah.
maknanya, aku perlu membuat survey di sekolah dan survey cara pNp yang dijalankan di sekolah.
aku akan menjalani PBS ini selama seminggu di sekolah.
hari ini merupakan hari pertama aku ke sekolah..


sebelum bertolak ke sekolah snap picture with cikgu wan dlu..!!

cikgu wiyah with cikgu wan



dup...dup..dup..dup....
jantungku berdegup ketika aku melangkah keluar dari kereta.
aku meneruskan langkah ku ke pejabat untuk bertemu dengan guru besar
~tapi guru besar tak da sebab pi minum pagi...

jadi kami diminta untuk ke perhimpunan terlebih dahulu baru jumpa guru besar. 
gambar bawah ni kawan2 aku sempat snap sepanjang perhimpunan dijalankan.
budak2 semua tengok je kami...
~maaaaluuuu.....kih3..


ne diaaa....
guru besar kami..
en.zailani b ariffin..
sporting habis larh!!
~dahlah muka dia ada iras2 dengan mentor aku..kih3..



sesi perbincangan dengan guru penolong kanan HEM


tepat jam 1.15 tgh hari kamu djemput tuk mnghadiri satu majlis perpisahan seorang guru di sini..
hehehe,.....makan time!!!



di sekolah inilah aku menjalani PBS selama seminggu..
sek.keb sri kulim,kedah..

hari pertama jer dh dapat keje taw.
keje yang pertama, guru pk HEM minta kami mmbetulkan pelan sekolah dan dia nak esok sebabnya ada pelawat nak dtg..
ok.tugasan diterima.
then ada seorang guru nie mnta kami jadi HAKIM pula...
~gulp! aku rasa cm tak layak jer nak jadi hakim tuk pertandingan.
kami diminta untuk jadi hakim pertandingan poster,mewarna dan sajak untuk dua hari berturut2.
dan kami juga perlu mengendalikan majlis pertandingan sajak itu termasuk menjadi pengerusi majlis..
dup...dup..dupp...
wish me luck k!!

Monday, March 14, 2011

melangkah ke alam baru..

hi guys..
dah lama aku updte blog aku kan..
bukan aku tak nak post,nak..
tpi sblm cuti aku kena submit dua asgmnbt dlm hari yang sama
mana tak kelam kabut aku di buatnya..
mana nak siapkan asgmnt..
nak pikir pasal kertas kerja nk gi singapore tu lagi.
aduhhh...
poning o0o0o0o...
penatnya tak payah nak cakap daaa...
penat sangat2..

mggu ini mggu cuti pertengahan semester..cuti sama dengan budak2 skolah..
jadinya aku sudah berada di rumah..
bila dh meningkat umur nie..ramai lak kawan2 aku melangkah ke alam yang baru..
ada seorang kawan aku di IPG baru jer kawin hari sabtu yang lepas..
ada jugak kawan2 lama aku masa sekolah yang dh bertunang..
tahniah ea kawan2...
aku tumpang gembira dengan kamu semua..

aku bila lagi ea??
hahahaa...
boleh berangan je la cik mia oii..
sapa yang tak nak kawin kn..
tapi apa2 pon aku nak tamatkan pengajian aku dlu
dan menjadi menjadi seorang guru..
baru aku akan fikirkan semua itu..
andaikan jodoh aku awal atau lambat,aku terima...
dah takdir....

^_^

Monday, March 7, 2011

sakitnya hati ini!!!!

banyak persoalan yang bermain di minda aku.. kenapa manusia kuat merungut.. bukan nak kata aku ne xmerungut.aku pon ada gak merungut tetapi kadangkala aku fikir positifnya. ada orang itu dia tahu merungut jer. semua bnda tak kena. apa yang dia nak pon aku tak tahu laa.. aku pon tak faham, 
kadang2 bila aku dgr orang merungut pon panas telinga gak. sakit hati  pon ada gak. kita kenalah fikir positif. janganlah tau nak hentam jer..

aku dapat rasakan tahun ne banyak perkara yang aku pendamkn. aku tak tahu nak luahkan pada siapa. bukan aku tak nak luahkan pada rakan-rakan aku, tapi aku nak jaga hati mereka. aku tak nak mereka ada yang terasa hati dengan aku. apa yang terpendam dalam hati aku ni aku rasa sesuatu perkara yang kecil jer. tak perlu diperbesarkan. kiranya small matters r.. aku tak kisah pon.



cuma ada kalanya aku tak tahan la tgk perangai manusia sekarang ne. rasa cam nak hentam orang tu balik pon ada. tapi aku bukan macam tu. aku jenis akan memerhati jer. dari situ aku akan kenal sifat seseorang tu. itu diri aku. 

berbalik pada perenggan yang pertama tu, aku ada satu cerita yang ingin aku ceritakan. aku da knal seseorang tu. D bukan nama sebenar. D ini seorang yang sngat happy go lucky. memang senang ar nak get along dengan dia.. tetapi setelah aku mengenali D, aku baru dapat tahu yang dia seorang yang panas baran. dan mulut dia tuh.errmmmm..tak da insuran langsung! memang sabar je la. tambah lak dia ne jnis kuat merungut.KUAT sgt!! sampai aku tak tahan nak dengar. tetapi sebagai seorang kawan,aku tadahkan jer telinga aku ne. aku jenis suka mendengar walaupun apa yang aku dengar tu sangat menyakitkan hati aku. aku tak pernah tnjuk kan perasaan yang aku marah ke geram ke tak puas hati ke.melainkan kalau aku sendiri yang dah tahan nak simpan. baru aku ckap. tu pun cuma cakap jer.aku ckap sekadar nak mengurangkan bebanan dalam hati aku. tak snggup weh!! pernah la ada orang tanya aku, 
"mia, ang sanggup noh tahan dgn perangai D tuh..kalau aku la dah lama aku blah.perangai nth apa2.nampak ja muka cantik. tapi perangaiii.....ish..tak tahu la nak ckap apa..tapi sanggup tahan ek.."
then aku ckap la kt orang tuh,
"kita ni sebagai seorang kawan kna mnjdi pndengar yang baik,walaupun adakalanya menyakitkan hati. mungkin dh itu perangai semulajadi dia. kita tak boleh nafikan.kita kna terima. kita manusia ni tak sempurna. ada kekurangan dan ada jugak kelebihan pada diri masing2. jadi sebagai kawan jga lah kita kan bagi nasihat."

sebenarnya post kali ini aku luahkan apa yang terbuku dalam hati aku.
aku nak minta maaf sekiranya sesiapa yang membaca post ini dan dia terasa apa yang aku tuliskan.
aku tak tujukan kepada sesiapa pun.
cuma aku luahkan mengikut pandangan aku sendiri.
mengenai cerita tadi,aku tak da niat nak buruk orang itu
apa yang aku nak sampaikn, seburuk mana pon kawan kita,kita janganlah memilih kwan.
sebab kwan yang kita singkirkan itu la yang akan kita cari suatu hari nnti.
aku dh ada pengalamn macam itu.
jadi berkawanlah
..

p/s: apa la yang cik mia mengarut ne..boring!!

Thursday, March 3, 2011

boleh sy nangis??

 apa kesalahan aku? apa kelemahan aku? apa yang kau xpuas hati dgn aku? apa aku xbuat kerja aku? adakah kerja aku tidak memuaskan hati kau? adakah kau rasa kau lagi bagus dari aku? apakah kau rasa diri kau lebih layak mengambil posisi aku sekarang ini? jika kau mahu, kau ambil saja. aku sedikit pon tidak heran daa....

aku rasa sangat sedih sekarang nie. aku xmampu melawan balik. aku terpaksa menjaga hati semua orang. jika aku melawan atau bertindak dengan lebih keras,kemungkinan aku tidak mampu mengawal perasaan aku. iya, mungkin secara luaran, aku dilihat seorang yang lembut atau "suker wat muka kesian r!" tetapi jika "KAU" knl aku dalam2 kau akan kenal sapa aku. kalau kau nak jatuhkan aku tetapi tolonglah HORMAT posisi aku sekarang nie. bukan aku tidak puas hati atau apa, cuma nak kau tahu ada orang lagi yang berada di atas kau. aku minta maaf jika KAU "terbaca benda alah ne". sorry to say ok!

kenapa aku hanya berdiam diri sahaja? sebabnya aku nak lihat sejauh mana kemampuan kau untuk menguruskan hal itu. jika kau mampu menguruskan hal itu, kenapa aku yang dapat terlebih dahulu segala "INFORMATION" bukan nak tnjuk yang aku sangat TERROR, tetapi atas kemahuan masing2. aku lakukan semua itu untuk semua orang, bukan utk kepentingan diri aku sendiri. aku sedar ramai yang berada di sekeliling aku termasuk kau sekali. sebab itu aku lebih bersikap rasional dalam membuat keputusan. bukan MENGHENTAM balik apa yang diperkatakan oleh aku. aku lebih suka mendengar dahulu walaupun perkara tersebut begitu MENYAKITKAN HATI aku ibarat SEMBILU yang menghiriskan hati aku.
aku xsangka kau begitu semakin menjadi. aku hormat kau. aku hormat keputusan kau, tetapi kau xpernah langsung hormat apa yang aku hendak perkatakan. ok aku faham, aku tak sehebat kau. aku  tak becok macam kau. aku tak sepandai kau. aku sedar semua tu. jika kau perasan atau tidak, dah banyak kali aku mengalah dengan mendengar pendapat kau dan menerima pendapat dan seterusnya MENOLAK MENTAH2 pendapat aku. ok...aku terima dengan hati yang tabah.. DUGAAN hidup kn.. SABAR....

ya!! memang aku sabar. tapi kesabaran aku ada batasnya. aku bukan manusia yang sangat sempurna. ada banyak kelemahan yang ada pada diri aku. dan aku akui semua itu. aku nak kau faham, kita kena fikir perasaan orang lain, jangan kau fikir OTAK kau jer.. kalau kau boleh cakap kasar,kalau kau boleh hentam orang lain, kalu kau boleh pentingkan orang....AKU.....aku boleh buat apa yang kau buat sepuluh kali ganda. TAPI!! aku xbuat semua tu.. sebab ape?? sebab itu bukan diri aku. aku xsuka pentingkan diri aku sendiri. aku lebih suka mendengar kata majoriti. dari situlah kita dapat kata sepakat. tetapi jikalau apa yang kau buat hanya untuk kepentingan diri kau dan telah melibatkan orang lain serta menyusahkan orang lain, ada kau fikir apa akibatnya??  bukan kau yang kena. tetapi aku akan tanggung semua tu..

entahlaa..aku pun tak tahu nak cakap apa lagi. aku sendiri tak faham dengan perangai manusia sekarang nie.. bukan aku nak cakap aku bagus. aku sedar akan kelemahan yang ada pada diri aku dan aku dapat rasakan kelemahan yang ada pada diri aku sangat banyak berbanding pada diri kau.

kau tahu tak yang aku SEDIH sangat!! aku hanya mampu berdiam diri masa kau menyuarakn pendapat dan kau tegaskan perkara itu di luar jangkaan aku. malah kau telah memotong kata2 aku. aku rasa sangat KECEWA dan hampir saja aku menitiskan air mata aku. tetapi aku mampu bertahan dan menunjukkan riak muka ku yang ceria seperti biasa. tetapi di dalam hati aku hanya TUHAN saja yang tahu.............

YA ALLAH, kau tabahkanlah hatiku ini dan kau kuatkanlah hati,mental dan fizikal aku untuk menghadapi hari2 yang berikutnya. kau bukakanlah pintu hati orang di sekeliling ku agar terbuka pintu hatinya..
amin....





Tuesday, March 1, 2011

it's all about 1st march

tepat tanggal 1/3/1991, lahirlah seorang puteri yang sangat comel lalu diberi nama amirah najwa binti ismail..
aku la org tuh.
hhahahaaa...
1/3 yang lps hari jadi aku yg ke 20..
oh tidak..aku dh 20 thun dh..
dh xde teen2 dh kt blkng..
mknanya aku dh matang.
tetapi aku tetap remaja selamanya..
ceh!! nk jgk!!..hahhaha

bdk2 kelas aku merancang nk knakan aku.
diowng plan xnk wish langsung bday dekat aku smpai tgh mlm 1/3 tuh..
sebenarnya aku xksh pon..
wish ke xwish ke...
aku xksh....
aku xterasa pon..
aku sebenarnya perasan yang diowng buat xtahu jer..
siap pakat satu kelas lak tuh xnk wish dekat aku
~sungguh kejam..
hhahahaa...

jam 11.47 mlm (kalu xslh aku laa..) 1/3/2011
aku disimbah TEPUNG!!!
dgn dak2 kelas aku...
mmg aku terkjut gler apa la diowng buat nee..
then aku sedar yang diowng wat suprise dekat aku..
huhuuu..sungguh terharu..
dh kne simbah ngn tepung apa lgi kecoh la satu blok tuh..
siap main lari2 lgi tuh ..hahahaa..
aku la org yg plg truk kne..
habis satu badan kne ngn tepung..,
aduhh....
orang pertama yng simbah tepung dkt aku,EKIN...
lps tuh tros kaksanah,zaty,pia,kaksu,izah,syu,pika,esha bling tepung kt aku..
hajar bertindak merakam kejadian tersebut...
memang kecoh r..
satu moments yang xkan aku lupakn..
syang kowunk lah!!

dn stu lagi yang rsa sgt terharu,
kaksanah dan zaty tampar pipi aku then trus bagi coklat cadbury blackforest dekat aku..
kaksanah ckap, "pakwe awk ckp tmpar muka mia dlu baru boleh kasi coklat tuh dekat mia"
amboi2 bapak pingu ne pon join skli noh...
dia sepakat ngn pika..
jagala dia...
jmpa nnt akan ku sembelih dia..
hahaha...
apa2 pon thnks ea dear..
owg sgt2 mghargai...muax3 <3

aku ada la juga dapat beberapa hadiah dari kwan aku..

yang ne wan amirah yang kasi..
keychain yang sgt comei..
yang xthan skli siap bagi baucer watson lgi tuh kt aku
dia kta klu nk gna baucer tu kna bawa dia skli sbbnya aku xda kat watson..hahaha
ok thnks taw wan...
i lap u bery much!!


tabung bear yang sgt comel ne pemberian dari adik rumate aku dn kwan dia
adha n azah...
terima kasih ea dik...
^_^


comel x mug ne...
hahhaha..
haaa...ne cik pika n cik esha yang bagi..
mekasih..
muax3!


ne la kiriman coklat dari si dia kpd aku..
thnx..
terharu sgt..
hahaaah...




yg pling penting aku nk tjuk tepung yng downg simbah dekat aku..
dh nk habis pon..
akan ku simpan tuk mangsa sterusnya...

moral of story,
aku mandi lps kne tepung tu n penghujung rmbut aku jdi keras dek tepung tuh..
oh tidak!!

buat kawan2,
aku nk ckp terima kasih2 byk2 sbb plan buat suma ne tuk aku..
aku sgt menghargai..
aku xksh sgt pon kalu xsmbut..
tapi dh kowunk nk wat aku lagi sukerrr!!hahaha...
thnx taw sbb igt hari jadi aku..
dekat sini kowunk la kawan2 aku.
tmpat kita luahkan perasaan,rasa tidak puas hati ke ape ke..
kita suma dh duk jauh dari family
dekat sapa lagi nak ngdu klu bkn dkt kwn2.
jdi aku harap kita kwan slmany smpi bercucu...
kita tgk sapa yng kwin dlu...
hahahahah....

KITA KAWAN SAMPAI MATI TAW KAWAN2!!
^_^
~friendship forever...