Followers

Sunday, May 29, 2011

i'M h0ME!! ~asal balik rumah jer mesti ada barang baru dalam rumah...


 h0me sweet h0me!!
akhirnya aku menapak jua tapak kaki dalam rumah aku nih setelah 3 bulan aku tak balik..
kawan2 aku semua dah lama kot hepy gedik2 duk rumah..
aku jer bru tergedik2 terhegeh hegeh seronok balik rumah...
hahahahha....

alkisahnya....
lepas jer keluar dari "penjara" kesygn, aku terus ke shah alam..rumah pakcik aku,..
kebetulan parents aku pon kebetulan dalam perjalanan ke shah alam..
jadi aku tak balik kedah terus laa...
sebabnya, sepupu aku kahwin..
so, kena attend r kenduri tuh walaupn tak rapat sangat dgn sepupu tuh..
~sape sruh tak selalu balik kg...haahha..

aku sampai rumah dh nk dekat magrib..
aku lah org 1st yang gedik2 nak masuk rumah aku..
hehehe....
masuk je dalam rumah, aku nampak dua kerusi dan satu meja bulat yang sebijik dalam hotel..
~xde gambar...malaz nak snap..
dengan selambanya aku cakap dekat mak aku,
"eh! awat beli kerusi nih! wat menyemak jaa!"
hahaa.....
bila aku balik rumah jer msti ada barang baru dkt rumh..
mcm aku balik cuti bulan 3 ari tuuu...
~peti ais baru...
rewind lagiii..
time aku balik cuti raya cina,
~tv LCD baruuu...
~laptop baruuu...
haishhh....
macam2....
apa apa pon tak kesah larh..
rumah sapa??
rumah mak abah aku jugak kn..






Wednesday, May 25, 2011

exam DEGREE memang umpph r!!


assalammualaikum wbt..
salam satu malaysia!!
^_^

dah lama aku xupdate blog kesayangan nie.
aku sibuk ngn en.EXAM yg nak sgt dating ngn aku ne..
jadi nak tak nak aku kenalah dating...
kalo tak dating alamatnya, GAGAL lerr....huhuhuuu
tahun nie aku dah melangkah masuh ke alam ijazah..
ini tahun pertama aku..

aku baru jer semester satu dan aku dah nak tamatkan semester satu nie..
dengan berakhirnya exam pada hari ini maka semester satu DONE!!
tak sabar nak masuk semester dua lak nie...heee
dulu aku memang takot siot nak masuk alam degree nie..
ramai yang cakap bila dah naik degree nie kerja makin bertambah..
dengan nak siapkan asgmnt...dengan nak siapkan fail...
takde fail dengan bangganya MQA membatalkan degree kami..
~xmo3...kami nak ijazah...

setakat nie alhamdullilah aku mampu nak menghadapinya..
yelah...baru semester satu kan...takde apa sangat yang nak dirunsingkan...
tapi STILL manyak kerja o0o0o0...
tapi aku suker buat buat takda kerja
so kepala takdalah serabut sangat..
tambah tambah time nak kena presentation...
heheeeeeee..
hari hari kena wat presentation...
mana syiookk...nak lecturer yang presentkan baru masyyuukkk.,..hehhehee.
~ngdeeee...

exam aku bermula khamis minggu lepas..
paper pertama aku mengenai Falsafah Pendidikan Kebangsaan..
hohohoho...belajar falsafah tuuuuu....
aku buat falsafah sendrik ler lam paper tuh...
susah o0o0o0o belajar falsafah niee..
~tu laa..lam kelas buat kerja lain...
heeee....
paper kedua pulak mengenai Perkembangan Kanak-Kanak...
subjek nie aku suka sebab belajar pasal kanak kanak berkembang dari dalam rahim sampai la remaja...
^_^
paper ketiga paper major aku Prasekolah (pendidikan asas awal kanak kanak kot)
heheheee....boleh tahan la paper nie..sebab spot masuk sebijik sebijik...heheee
paper yang terakhir juga mengenai paper major aku ( kurikulum prasekola)
sangat susah.....huhuhuuhuh.....

memang sedap betullah aku goreng....
sampai hangit pon ade jugak..
bila dah exam ala2 degree nie memang melenguhkan tangan aku nak menyiapkan esei yang panjang tuh.
sampi berketar jari jari aku nie haaaaa......
pecah otak nak jawab soalan semua tuh...

apa2pon cik mia..
ini baru permulaan..
untuk semester yang akan datang kau kena buat yang terbaik taw..
takmo malaih malaih dah...
kerja asyik nak makan jaa...
badan tak gemok gemok pon...

sekarang nie aku dah tak sabar2 nak tunggu cuti semester..
kawan2 kau yang duk uitm sumenya dah nak habis cuti
aku jer baru nak start cuti...
aku kan cuti ikut budak sekolah..cuma kali nie aku cuit 3minggu...hehehe
tak sabar nak blek umah!!!
nak tidoq puas2 kat umah..





Monday, May 16, 2011

0H CIkGU!!

Pergi ke sekolah setiap pagi, menaiki bas 2 kali sebelum sampai ke sekolah. Hendak masuk menuju ke sekolah perlu berjalan kaki lagi 1 kilometer. Kadang-kadang kerjanya adalah membuka pagar sekolah (kerana ada tugasan yang diberi sebegitu - maklumlah sekolah pun di kawasan pedalaman). Sabarlah cikgu...

Semasa Sesi Pengajaran
Sebelum memulakan pengajaran, cikgu membaca doa bersama anak murid. Diminta agar diterangkan hati, dimudahkan faham apa yang diajar dan dipelajari. Cikgu meminta anak murid agar mengutip sampah, mengemaskan kerusi dan meja agar dapat belajar dengan selesa. Begitulah setiap hari mulutnya tidak pernah diam menasihati agar sampah yang dijumpai bersepah di luar bilik darjah dan sekolah agar dibuang di dalam tong sampah. Sabarlah cikgu...
Cikgu menanda kedatangan pelajar di Buku Daftar Kehadiran Murid, ada beberapa nama yang sudah acapkali tidak hadir. Cikgu bukan tidak peduli tentang itu semua, lalu ditanya rakannya sekelas. Dijawab mereka "Si polan tu pergi CC (Cyber Cafe), swimming pool, kadang-kadang tak naik kelas dia duduk kat pondok perhentian bas". Cikgu pun menyusul ke perhentian bas sambil memujuk anak murid agar naik ke kelas. Sabarlah cikgu...
Cikgu mengajar di hadapan, anak murid bermain-main di belakang. Ada yang tidur, ada yang berbual-bual. Bila ditanya "Mana kerja rumah?". Dijawab pula "Lupa cikgu" (padahal di rumah begnya tidak pernah diperiksa dijadikan pekasam sahaja). Ibu dan ayah pula terlalu sibuk bekerja. Samada anak ke sekolah atau tidak, itu belakang kira. Yang penting sudah nampak pergi ke sekolah. Cikgu pun meneruskan pengajarannya, diberikan penjelasan dan diulang-ulang lagi apa yang telah diajar agar dapat melekat terus di hati anak muridnya.
Cikgu pun bertanya, "Faham tak? Kalau tak faham silalah bertanya, nanti cikgu ulang lagi". Anak murid pun menjawab "Faham cikgu". Tidak lama kemudian cikgu pun menyoal dari apa yang telah dipelajari, kerana beranggapan anak muridnya sudah faham apa yang diajar. Kemudian ramailah anak murid yang berdiri dan menjadi 'patung' kerana tidak dapat menjawab soalan cikgu. Hanya beberapa kerat yang membuka mulut untuk menjawab soalan. Sabarlah cikgu...
Lalu cikgu pun ingin membuat ulangkaji dengan anak muridnya lagi. Semalam cikgu dah beritahu supaya menelaah apa yang telah diajar. Hari ini cikgu ingin menyoal pula. Tetapi tidak ramai yang ingin menjawab. Bila ditanya mengapa tidak dapat menjawab soalan. Mereka menjawab "Tak tahu", "Lupa", "Jaga adik". Sabarlah cikgu..
Bukan cikgu tidak tahu, ada anak murid nakal dan pernah didenda kerana kenakalannya yang diulang berkali-kali. Cikgu bukan denda kerana suka mendenda. Tetapi kerana kasih dan sayangnya kepada anak murid. Itupun dimulakan dengan nasihat untuk dia memikirkan kembali baik dan buruknya perbuatan yang telah dilakukan dan masa hadapannya. Diberikan teguran agar membekas dalam hati. Dan dihukum sesuai dengan kesalahannya. Dan ada juga cikgu menegur kesalahan anak murid agar tidak membuat bising di dalam kelas. Semasa hendak membuka pintu kereta, kereta cikgu telah dicalar balarkan, tayar dipancitkan. Kengkadang cikgu pun ditunggu diluar untuk dipukul. Sabarlah cikgu...

Sesudah Habis Mengajar
Sebelah petangnya, apabila anak murid sudah pulang ke rumah. Cikgu masih lagi di sekolah, terkadang ada kelas tambahan untuk anak muridnya. Terkadang ada kerja untuk menyiapkan alat bantu mengajar supaya anak murid mudah faham. Terkadang tertidur sebentar kerana kelelahan.
Di rumah, kerja cikgu belum selesai lagi. Perlu menyiapkan buku persediaan mengajar, perlu memikirkan pula aktiviti tahunan yang telah diagihkan untuk disempurnakan. Kertas kerjanya, soalan bulanannya, persatuan yang dinaunginya. Cikgu pun ada suami, ada isteri, ada anak-anak untuk dibesarkan, dididik, diberi makan, dikenalkan dengan kehidupan. Setiap kali melihat buku anak murid, akan terbayang wajah mereka satu persatu. Ya, cikgu pun mendoakan juga agar anak muridnya berjaya dan menjadi orang yang berguna. Sabarlah cikgu...
Cikgu pun tidak kisah.. semasa di luar sekolah, ketika bersiar-siar. Bukan tidak pernah terserempak dengan anak muridnya. Ada yang menyapa memberi salam dan senyuman - Alhamdulillah baguslah, ada juga yang sembunyi-sembunyi (mungkin segan kerana berpakaian menjolok mata atau telah melakukan sesuatu yang ia rasa tidak kena), ada juga yang berlalu seolah-olah cikgu tidak wujud di depan matanya (mungkin tidak nampak gamaknya). Cikgu pun tidaklah terasa sangat sebenarnya... Sabarlah cikgu...
Cikgu pun pernah mengajar anak muridnya agar tahu mengucapkan terima kasih. Apabila cikgu hendak memberikan buku kepada anak murid, ia tidak melepaskan buku tersebut kecuali setelah anak murid mengucapkan "terima kasih cikgu".
Sekadar berkongsi antara kehidupan cikgu yang tidak didedahkan, cubalah berkongsi pengalaman dengan mereka. Agar tahu perasaan dan susah payahnya di dalam mendidik anak bangsa. Kepada ustaz, ustazah, cikgu, guru dan pensyarah yang pernah mendidik diri ini... Terima kasihku ucapkan..

SELAMAT HARI GURU